Wednesday 16 January 2013

Maaf..ku tak berdaya menerimanya

   "Assalamualaikum,Adlina...jangan tidur lagi boleh?"
Terkebil-kebil mata Adlina membaca mesej yang sampai dalam peti inbox telefon bimbitnya. Diperhatikan  jam di dinding telah pun menunjukkan jam 1.00 pagi. Teragak-agak juga untuk Adlina membalasnya. Namun, dengan bersangka baik kepada permintaan dari pemilik mesej yang dihantar tadi lalu digagahkan jari-jemari runcing miliknya untuk menekan key-pad handphone nya dengan membalas kiriman yang dinantikan pembalasannya itu.
"Waalaikumussalam w.b.t. Ya, Adlina disini. Ada apa-apa yang boleh dibantu ke?" Adlina membalas kiriman dan diakhiri dengan pertanyaan juga kepada si pengirim.
"Adlina...."
"Saya dengan rendah hati nak bagitau yang saya dah jatuh cinta pandang pertama dengan awak." mesej seterusnya yang diterima Adlina. Namun, Adlina hanya terkebil-kebil membaca mesej tersebut berulang-ulang kali untuk memastikan adakah mesej itu miliknya. Sungguh berterus terang mesej itu. Mungkin, jika bukan Adlina disini pasti mesej itu sudah dibalas dengan rasa yang berbunga bunga tapi maaf kesetiaan Nur Adlina Syafiqah tidak mudah dijual beli.
"Adlina..."
Ohh..baru Adlina tersedar yang dia sedang bermain dengan perasaan dan monolog dalam dirinya. "Err....iya saya."
"Saya tahu awak belum tidur, jadi kenapa mesej saya dibiarkan sepi tanpa balasan? Awak tak sudi ye?" tanya si pemilik mesej, Khairul Hafizi namanya.
"Hafiz, sebelum jawapan saya mengguris hati kecil awak, izinkan saya memohon maaf untuk yang pertama dan terakhir kalinya. Saya tahu niat awak baik dan telah jujur menyuarakan rasa hati awak yang terbuku dari hari pertama saya bekerja disini kan. Maafkan saya juga, jujurnya saya tak boleh menerima dan tak akan menerima perasaan awak itu kerana hati ini telah pun berpunya dan hubungan kami serius. Maafkan saya kerana kesetiaan saya tidak mungkin dijual beli melainkan hati ini disakiti dan Allah tidak mengizinkan dia sebagai jodohku. Assalamualaikum."
Dalam 1 balasan mesej yang agak panjang tanpa minta dibalas Adlina menyuarakan rasa hatinya kini. Semoga ada jodoh untukmu Hafiz yang jauh lebih baik dari Nur Adlina Syafiqah ini.


welcome back..

Lame nye menyepi.. hehe.. dah dekat 2 thun x update pape.. rindu nk mengarang something yg menarik.. target utk merealisasikan sebuah novel masih digenggaman.. hopefully, pasni idea mencurahh2 utk mengarang..